 | PERANAN | | Sebagaimana Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang lain di Malaysia, Majlis Perbandaran Seremban ditubuhkan bagi memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab seperti berikut :- | | | | | Memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran Majlis, diantaranya ialah perkhidmatan mengangkat sampah dan perkhidmatan pembersihan bandar. Menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk di kawasan pentadbiran Majlis seperti penyelenggaraan jalan-jalan, longkang serta lampu jalan. | | Menyediakan berbagai-bagai kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan penyelenggaraan taman bunga. Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan. Menceburkan diri dalam projek-projek pembangunan seperti usahasama membina pusat-pusat perniagaan dan gerai bagi memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan. |
|