Penilaian Laman Web Sektor Awam Kerajaan Malaysia Tahun 2010
Laman Web Majlis Perbandaran Seremban telah mendapat taraf 5 bintang dalam Penilaian Laman Web Sektor Awam Kerajaan Malaysia 2010 yang dilaksanakan oleh Multimedia Corporation Sdn. Bhd. (MDEC). (Lagi berita...)
Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA 2008)
Majlis Perbandaran Seremban telah memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2008 (Lagi gambar...)
Hari Kualiti (Q) Peringkat Negeri Sembilan 2008
Sempena sambutan Hari Kualiti (Q) Peringkat Negeri Sembilan, MPS telah memenangi salah satu Anugerah yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Laman Web Terbaik Jabatab Kerajaan Negeri Sembilan dengan memenangi Tempat Ketiga.
Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ke-19 , Peringkat Negeri (2007). Kumpulan Visi dari MPS telah berjaya mendapat Tempat Kedua bagi kategori Teknikal.
Pertandingan Laman Web 2007 MPS telah mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Laman Web Antara Unit / Jabatan / Agensi Di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan (kategori 2).
MPS telah mengambil bahagian dalam Perarakan Kereta Berhias Sempena Sambutan Malam Ambang Merdeka 2007 Peringkat Negeri Sembilan Di Seremban pada 30 Ogos 2007
MPS telah mendapat Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006.
MPS telah menyertai Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Kebangsaan ke-23 Bagi Sektor Awam Tahun 2006.
Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ke-18, Peringkat Negeri (2006).Kumpulan Visi dari MPS telah berjaya menjadi Johan bagi kategori Teknikal.
Pertandingan Kereta Berhias Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 48 (2005) Kontijen MPS telah berjaya menjadi Johan dalam Perarakan Kereta Berhias.
Pertandingan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 48 (2005) Kontijen MPS yang menyertai Perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2005 telah mendapat Tempat Kedua.
Pertandingan Laman Web 2002 MPS telah mendapat Tempat Kedua dalam Pertandingan Laman Web Antara Unit / Jabatan / Agensi Di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.